Mengetuai Unit Integriti JPA dan bertanggungjawab melaksanakan fungsi teras seperti berikut:
a. Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
b. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
c. Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib dan menyelaras permohonan kebenaran khas dibawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
d. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
e. Memantau dan memastikan pelaksanaan pelan antirasuah organisasi, pelan pengurusan risiko rasuah dan operasi pengukuhan tadbir urus organisasi.
f. Mencadangkan penambahbaikan peningkatan dan pembaharuan kepada dasar/arahan/sistem dan prosedur kerja organisasi.
g. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.